
PENGEMIS LARA
NADIRAH
HANYA BERITA
LEMBARAN HATI
PENGEMIS LARA
Di tengah kota yang indah
Si pengemis mencuba nasib
Diri-nya sunggoh malang
Baju kotor jadi cherchaan
Di sana sini di-hina
Hidop-nya sunggoh sengsara
Mengharap belas ikhsan kita
Untok mengalas perut yang lapar
Tempat tinggal tiada tempat
Di kaki lima tempat tidur-nya
Kalau hujan basah-lah dia
Begitu-lah siksa diri pengemis
Oh pengemis......
NADIRAH
Jauh malam bintang terbit di langit
Bulan terang cahayanya
Oh Nadirah
Terang bulan kini tak berguna untukku
Kerana kau jauh pandangan
Oh sayang
Walau di mana kau berada
Ku doa kau hidup bergembira
HANYA BERITA
Sunggoh pun berita
Selalu dikirim
Tidak sama
Ketika kau disini
Mata bertentang
Senyum di-beri
Debaran menunggu
Hilang di-hati
Ku terpesona
Bila kau menjelma
Tunaikan janji
Di taman bunga
Keindahan wajah-mu
Nan jelita
Ta' mudah ku lupa
Oh tapi...
Kini kau dah pergi
Tinggal-ku sa-orang diri
Tiada menjelma lagi
Dahaga ku renongi
Ta' chukup pada-ku
Hanya berita
Kalau tidak bertentang muka
Bila-kah dapat kita berjumpa
Seperti sediakala
Selamanya
LEMBARAN HATI
Sedeh rasa-nya hati-ku
Pilu-nya hati-ku
Mengenang orang yang jauh
Yang ta' dapat ku lupa
Bulan purnama datang-lah dia
Hati-ku sunggoh gembira
Tiba masa dia pergi
Ku ta'dapat bersama
Kalau kau pergi
Kirim berita
Supaya ku gembira
Surat-mu akan jadi teman-ku
Untok penghibor duka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan