Khamis, 30 Disember 2010

ALBUM KE-3 1967



HANYA UNTOK-MU

DUNIA YANG PERMAI

DARA PUSPITA

RINDU

HANYA UNTOK-MU
Duhai kekaseh-ku pujaan kalbu
Dengar-lah lagu gubahan-ku
Untok di-kau yang ku puja

Hanya ku seorang
Untok-mu sahaja
Jika kau tiada
Hati-ku bimbang

Ku pinta pada-mu
Selalu-ku bertemu
Jangan kau bersedeh
Hibur dengan lagu-ku

DUNIA YANG PERMAI
Dunia-ku yang permai
Aman dan bahagia
Penuh pemandangan
Beraneka warna

Pada tuhan yang maha esa
Bersyukur-lah pada dunia-ku
yang permai

Dunia-ku yang indah
Yang amat ku chinta
Seluruh negara
Berdaulat dan merdeka

Pada tuhan yang maha esa
Bersyukur-lah pada dunia-ku
yang permai

Ra'yat-nya yang berbakti
Pada nusa dan bangsa
Berjuang dan membela
Pada ibu pertiwi
ohhh....

DARA PUSPITA
Betapa riang-nya hati oh dewi
Kala bersua dan berasmara
Teringat pada-mu dinda oh nyawa
Berganding tangan dan ketawa

Tapi mengapa oh sayang sepi muram durja
Dara puspita

Betapa riang-nya hati oh dewi
Kala bersua dan berasmara

Tapi mengapa oh sayang sepi muram durja
Dara puspita

Dikau-lah puspita
Di-kau yang ku puja
Yang selalu menjadi ku ingat pada-mu 2x

Mari-lah dinda hibor-kan hati
Mengikat janji dan bersua

Tapi mengapa oh sayang sepi muram durja
Dara puspita

RINDU
Rindu
Rindu-ku ta' terhingga
Pada-mu oh juwita
Kini hilang di mata

Kaseh
Kaseh-ku suchi murni
Untok-mu puspita hati
Agar janji ditepati

Duhai kaseh kembali-lah
Daku merindu setiap masa
Jangan kau lupa janji-mu
Pada-ku yang setia

Rindu
Rindu-ku ta' terkira
Pada-mu oh juwita
Kini hilang di mata







Agar janji ditepati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan