Khamis, 30 Disember 2010

PENGENALAN

Eddie Ahmad
Dari Wikipedia Bahasa Melayu,
Latar belakang
Nama- Eddie Ahmad
Kelahiran- 1948
Asal- Singapura
Pekerjaan- Penyanyi
Tahun aktif- 1960-an hingga awal 1970-an
Album yang dihasilkan- 10 buah dan 1 album soundtrack film A-Go-Go 67
Keterangan album- 6 buah album EP & 1 album EP kompilasi A-GO-GO 67 pada tahun 60an(21 lagu)
4 buah album EP pada tahun 70an (20 lagu)
Kesemua-nya 41 buah lagu yang telah beliau rakamkan...

Allahyarham Eddie Ahmad merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Eddie Ahmad sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Quest, The Antartics dan The Guys. Beliau merakamkan EP pertamanya dengan lagu Lagu-lagu "Aku Tetap Merindu", "Aku Kechewa" dan "Dara Ayu", keluaran EMI/Parlophone tahun 1966 serta mendapat sambutan jualan yang sangat cemerlang lantas membuatkan pihak syarikat rakaman EMI menawarkan beliau untuk membuat 2 lagi rakaman album EP pada tahun 1967 beserta 1 album EP kompilasi soundtrack filem A-GO-GO 67.

Berikutan pencapaian yang menggalakkan dari hasil penjualan album2 EP tersebut, nama beliau dikenali ramai dan terjulang naik sebaris penyanyi2 pop muda di zaman itu seperti A.Ramlie, Jefriedin, M.Osman dan sebagainya. Era pertenngahan tahun 60an menyaksikan bahawa terwujudnya satu bentuk hiburan moden terbaru dan dari situ juga seni muzik tanah air berubah sepenuhnya serta hampir setanding muzik2 hiburan baru di barat khususnya di England.

Selain itu, beliau juga menghasilkan 4 album EP solo - "Madah Perpisahan", "Potret Kaseh-ku (1970)", "Kaseh Yang Ta' Berakhir" (1971) dan satu album EP solo bersama adiknya Hamidah iaitu "Mawarku" (1973).

Kali terakhir Eddie Ahmad muncul di kaca TV Singapura ialah pada tahun 1991 ketika beliau diundang oleh rancangan "Hiburan Minggu Ini" untuk mendendangkan semula lagu "Aduh Sarodja" dalam rentak R&B.

Eddie Ahmad meninggal dunia di Denmark pada 1993 pada usia 45 tahun.
[sunting] Album

Tiada ulasan:

Catat Ulasan